Isnin, 13 April 2009

Posing2 Di Parlimen


Ni lah sahabat aku seirama masa dalam PERDANA dulu... di Parlimen kami bersama...

Maaf la.. koya smart ckit.. he3


Nasib baik x kena langgar kat keta.. nk bergambar punya pasal..

( Gambar ini adalah sekadar hiasan)

Parlimen tempat bertuah yang pernah aku lewati sepanjang hidup aku, boleh tengok YB2 bergaya, macho smart, jangok pun ado.. namun itu luaran, berkereta mewah, berdriver.. sakit kepala tuhan saje yang tahu, masuk dewan parlimen, xde lain kerjanya perang-perang keluar dewan rakyat mintak tu mintak ni... ni lah lumrah seorang YB...
Sebalik itu sekiranya tersemat sebuah keihklasan berbakti, kebajikan dan keadilan diperjuangkan mereka beruntung dan berjaya menjadi YB dan wakil kepada rakyat, sekiranya tersimpan sebuah keegoan, kebengisan, nama dan pangkat diraja-raja, maka dia juga YB jauh sekali sebagai wakil rakyat... ramai yang kata pemimpin berjiwa rakyat...
Bagi aku kita nilai baik-baik masuk Parlimen paling tidak dapat elaun dan gaji RM 7 ribu sebulan kalau x silap.. duduk sana free sini free... tapi sejauhmana YB membawa isu daerah ke Parlimen... isu nasional sudah pasti... ramai YB yang bercakap isu nasional hebat dan petah walaubagaimanapun isu daerah diabaikan dan dipinggirkan.. aku x kata tidak ptg isu nasional bahkan sgt penting... tapi sape undi kita blh jadi YB kalu bukn org daerah... paling tidak bila bercakap sentuhlah isu-isu daerah ni mcm kt daerah di wakili tiada masalah.... kalu mcm tu bagi aku YB tu bermasalah... lagi bengang duduk kat dalam Parlimen senyap aje, isu nasional pun sentuh, isu daerah pun x sentuh... kalu YB mcm ni mintak-mintaklah undur diri.. jawatan bukan satu kebanggaan malah jawatan satu amanah yang mesti ditunaikan... harapan rakyat jadilah YB yang berkaliber dan berkarisma tinggi. Aku rase nak jadi ahli Parlimen masa tu jgk best kat dalam Parlimen.. YB kaku tu tukar bagi kat orang lain pula.. tidak kiralah dia BN ke, Keadilan ke, Pas ke... paling penting bagi aku kalu kt dalam Parlimen itu bicaralah soal Kebajikan, Keadilan dan Islam tu sendiri... Fikirlah nak jadi YB saje ke YB & WR... sama-sama renung-renungkan!!!

Tiada ulasan: