Sabtu, 25 April 2009

The Red Warriors Mencari Old Trafford



"Milik Siapa?"

SIAPA hebat, K. Devan atau Peter James Butler?
Kedua-dua jurulatih ini memiliki kelebi- han tersendiri dan yang pasti mereka adalah pakar taktikal.

Taktikal yang bakal mereka gunakan pada perlawanan ini akan menjadi penentu kemenangan kepada pasukan yang mereka bimbing.

Jurulatih Kelantan, James Butler akan menggunakan formasi 4-1-3-2 sementara Devan (Selangor) memilih untuk menggunakan formasi 4-4-2.

"Habuan Kepada Pemenang"
Jangan Politikannya!!!

Bagi Devan, 48, segala perancangannya kini adalah mengikut jadual dan pemainnya kini berada dalam mood yang baik untuk menewaskan Kelantan malam ini.

"Saya jangka pemain-pemain saya akan beraksi cemerlang esok (hari ini). Tempat P. Gunalan yang digantung satu perlawanan mungkin akan diisi salah seorang daripada tiga pilihan sama ada Asraruddin Putra Omar, D. Surendran atau Fitri Shahzwan Raduwan.

"Amirulhadi Zainal juga akan berada dalam senarai 18 pemain. Tetapi keseb

elasan utama hanya akan dibuat petang esok (hari ini)," katanya pada sidang media di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam.

Keyakinan Devan ditambah dengan rekod cemerlangnya sebelum ini di mana setiap kali pasukan bimbingannya layak ke final, ia akan diakhiri dengan kejayaan menjulang piala.

"Tugas sebagai jurulatih pasukan penuh tradisi seperti Selangor ini m

erupakan cabaran terbesar dalam karier saya. Tetapi biasanya bila saya masuk final, keputusan- nya akan berpihak kepada saya," ujar Devan yakin.

Sementara itu, Butler, 43, turut optimis pasukannya akan mencipta sejarah dengan menjulang Piala FA, salah satu piala berprestij negara buat pertama kali selepas kali terakhir mereka merasai pentas final pada Piala Malaysia 1970 tetapi tewas 0-1 kepada Perak.

"Kami optimis boleh menewaskan Sela- ngor. Pemain-pemain kami tidak tertekan langsung. Cuma apa yang penting, persembahan di atas padang esok (hari ini). Pemain saya perlu bijak mengawal emosi," katanya pada sidang media yang sama.

Dengan pasukannya tidak menghadapi masalah penggantungan dan kecederaan pemain, Butler akan menurunkan barisan terkuatnya malam ini.

"Walaupun dua kali jumpa Selangor musim ini dan perlawanan ini

adalah aksi final, saya anggap ia sama saja, tiada beza. Yang pasti

, kami akan cuba memberikan saingan yang sengit kepada Selangor," tegasnya.

" Ambo tetap sayang bola sepak Kelate"

‘‘Kami mampu mengejutkan anda!’’ Itu amaran jurulatih Kelantan Peter Butler yang ditujukan kepada Selangor menjelang perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Menurut jurulatih yang berasal dari England itu, pasukannya akan beraksi tanpa tekanan walaupun menyedari Selangor bukan calang-calang lawan.

Tanpa mendedahkan strategi yang akan digunakan pada perlawanan hari ini, Butler sekadar berkata, Kelantan akan bermain seperti biasa.

Cuma katanya, dia mengharapkan tuah pertembungan ketiga dengan Selangor musim ini pada perlawanan akhir hari ini, kemenangan akan menyebelahi Kelantan pula.

‘‘Kami kalah 0-3 pada pertemuan pertama dalam Liga Super namun seri 1-1 pada perlawanan kedua.

‘‘Untuk itu saya harap kemenangan akan menyebelahi Kelantan pada perlawanan ketiga kami dengan Selangor.

‘‘Namun ia bukan mudah. Menerusi seorang kawan di London, saya diberitahu bahawa Selangor sebuah pasukan yang kuat.

‘‘Saya juga mendapat tahu daripada bekas pemain Selangor, Tony Cottee bahawa Selangor secara tradisinya sebuah pasukan juara, standard pasukan ini begitu tinggi. Ia diurus dengan baik.

‘‘Namun saya yakin kami mampu mengejutkan Selangor,’’ katanya pada sidang akhbar pra perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Tambah menceriakan Butler apabila semua pemainnya berada pada tahap kecergasan terbaik.

Katanya, Kelantan akan beraksi secara berpasukan dan bukannya digerakkan oleh pemain tertentu sahaja.

‘‘Saya mengarahkan pemain supaya beraksi seperti biasa.

‘‘Kami Optimis menghasilkan keputusan baik esok cuma saya berharap pemain mengawal emosi.

‘‘Kami akan cuba memberi tentangan pada perlawanan esok, saya menjangkakan ia pertembungan hebat lagi menghiburkan

‘‘Perlawanan esok (malam ini) perlu dinikmati oleh pemain, penyokong dan peminat bola sepak negara ini,’’ katanya.

Tiada ulasan: