Ahad, 28 November 2010

Antara Dakwah dan Kesempurnaan... Terkandas aku di tengah jalan



Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja...
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya,
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL...

Rabu, 10 November 2010

Da'ie Oh Da'ie

Kamu... mereka yang dikurniakan Allah nikmat ilmu Al-quran dan hadith. Yang mengetahui apa yang tidak kami ketahui tentang agama kami sendiri. Dengan itu, telah menjadi tanggungjawab kamu untuk menyebarkannya kepada kami.

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya." -Al-Baqarah, 42-

Wahai para dai'e,

Dengarlah rintihan dan permintaan dari kami ini, agar kami boleh memahami apa yang telah menjadi pegangan kami selama ini. Kami tidak ingin jahil selamanya, kami punya semangat tapi kami memerlukan dorongan, sedikit anjakan dari kamu, dan peringatan agar kami tidak kembali lalai.

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." -Ali-Imran, 104 -

Wahai para dai'e,

Janganlah kamu sesekali merasakan diri kamu itu lebih hebat dan mulia daripada kami, kerana ianya hanya akan menyebabkan kami menjauhi kamu. Biarlah kami sendiri yang merasakan diri lemah dan jahil berbanding dengan kamu agar kami sentiasa mendekatimu untuk memperbaiki diri kami agar memperoleh keredhaan Allah.

"Zuhudlah terhadap apa yang ada di dunia maka Allah akan mencintaimu, dan zuhudlah terhadap apa yang ada di tangan mansusia maka manusia pun akan mencintaimu." - H.R Ibnu Majah dll dgn sanad hassan -

Wahai para dai'e,

Berilah kami nasihat dan peringatan yang sesuai dengan tahap kemampuan iman kami, bersikap lembutlah terhadap kami, bantulah kami membentuk aqidah kami, janganlah engkau menyeru kami untuk menunaikan ibadah-ibadah sunnah sedangkan ibadah wajib kami tinggalkan.

Jawablah soalan-soalan kami dengan bijak dan sertakanlah sedikit jawapan tambahan agar boleh kami mengambil pengajaran yang bermanfaat. Seperti mana Rasulullah SAW apabila baginda ditanya sama ada air laut itu boleh dibuat wudhuk atau tidak, baginda menjawab

"Laut itu airnya suci lagi menyucikan dan bangkai haiwannya halal" -H.R Malik, al-Syafi'e-

Wahai para dai'e

Telah kamu ketahui tanggungjawabmu, maka tunjukkanlah kami teladan yang baik untuk kami ikuti. Janganlah kamu hanya menasihati kami dengan mulutmu, tetapi tidak dengan akhlakmu. Kita sendiri tahu bahawa Allah dan Rasul-Nya tidak suka perbuatan seumpama itu.

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?" -Al-Baqarah, 44-

Dan, telah kamu wahai para dai'e, menjalankan tanggungjawabmu. Maka tibalah giliran kami untuk menyampaikan nikmat Allah ini kepada saudara kita yang masih tidak mengetahui. Dan semoga kita dirahmatiNya...

"Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya." -Ad-Dhuha, 11-

Rabu, 27 Oktober 2010

TIPS MEMILIH JODOH


Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama, bukan sekejap.

Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun.

Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama.

Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.

Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius.

Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.

Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk.

Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com.

Antara yang menarik tulisan berikut:

Hadis Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga.

Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadis ini di pelbagai sumber maklumat yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT dan JELAS.

Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.

Apa Tujuan Berumahtangga?

"Begin with the end in mind", adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.

Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.

Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia.

Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, "aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku.

Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku"

Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia.

Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat?

Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara?

Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.

Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali.

Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama.

Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.

Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan?

Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.

Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?

Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

"Maka pilihlah yang memiliki agama... nescaya sejahtera hidupmu", pesan Nabi SAW.

Benar sekali, pilihlah yang beragama.

"Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!", kata seorang pelajar 'bidang bukan agama'.

Penyakit "Tidak Jelas"

Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling besar menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit "tidak jelas", apabila tiba kepada soal beragama.

Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?

Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?

Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.

Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.

Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?

Sejauh mana gred 'A' yang digarap dalam subjek "PengeTAHUan Agama Islam" menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?

"Yang memiliki agama" itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal MAHU yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.

Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan "jenama TAHU agama" tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.

Dia mungkin seorang ustazah.
Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang 'teachable".

Hanya 'Beragama'?

Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak punya sebarang makna.

Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta.

Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.

Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan.

Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri.

Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.

Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama.

Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu.

Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..

Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama.

Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh... atas nama berkahwin kerana beragama.

Ustaz Fathi Yusuf

Jumaat, 22 Oktober 2010

Di Atas Nama JIN???

1. Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.

2. Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4. Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk.Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu (sambil berseloroh).

5. Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (klcc), tandas dan kubur.

6. Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca ” Sala Mun, ‘Ala Sulaiman, Fil ‘alamin.” Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, “Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu” Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!!

7. Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong….” Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8. Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9. Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai…. orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10. Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.

Ustaz Ismail Kamus

Khamis, 21 Oktober 2010

Syukur dan Sabar

Dalam kesibukan diri melayari bahtera kehidupan ini, banyak dugaan dan cabaran yang kita temui, mungkin ada cabaran yang berjaya kita harungi, dan ada yang sebaliknya. Cuma hakikatnya, kita sebagai manusia memang tidak lepas dari menghadapi dugaan ini.

Para ulama' dan ahli ibadah zaman dahulu mengklasifikasikan ujian yang diterima oleh seseorang itu adalah mahar yang akan dijadikan saksi ketika hari yang tiada saksi melainkan amalan yang soleh, ia juga dianggap sebagai sebuah nikmat kerana bagi mereka Allah masih menerima amalan dan masih melihat mereka.

Bagaimana keadaan ini boleh berlaku?

Sifat Syukur

Syukur adalah satu sifat yang sangat penting di dalam diri seseorang. Tanpa syukur, seorang manusia itu akan lupa daratan dan sentiasa merasakan diri merekalah yang sebenarnya sempurna dan berkuasa.

Lihat sahaja kepada contoh golongan yang tidak bersyukur yang telah dinukilkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran sebagai iktibar kepada hambanya.

Firaun Dan Pengikutnya

Firaun adalah seorang raja yang telah diberikan keistimewaan oleh Allah SWT dengan tidak pernah jatuh sakit sepanjang hidupnya. Di samping itu juga, dia diberikan sebuah kerajaan yang sagat besar dan kuat iaitu kerajaan mesir ketika itu.

Tetapi malangnya, firaun menjadi sombong dan lupa diri. Oleh kerana keistimewaanya itu, dia merasakan dirinya adalah Tuhan yang patut disembah - dia menyuruh seluruh rakyatnya menyembah dirinya.

Sehinggakan Allah SWT mengutuskan Nabi Musa a.s. untuk menjadi petunjuk ke atas rakyat yang telah dizalimi tadi. Allah SWT juga memberi balasan yang setimpal ke atas perbuatan angkuh firaun itu dengan menenggelamkan dia di laut merah sewaktu cuba membunuh Nabi Musa a.s.

Begitu juga yang terjadi ke atas Haman; perdana menteri yang dilantik ketika pemerintahan firaun. Dia banyak menghabiskan duit rakyat dan sentiasa mengampu firaun dengan kata-kata manis untuk mengekalkan kedudukannya selaku perdana menteri; orang yang kedua tertinggi dalam kerajaan firaun laknatullah.

Kisah Raja Namrud

Raja Namrud juga salah satu contoh manusia yang tidak bersyukur atas pemberian Ilahi, bukan sahaja bersifat angkuh tetapi dia mahu membakarnya hidup-hidup Nabi Ibrahim a.s. yang diutuskan oleh Allah ke atas kaum mereka. Namun dengan sifat kasih sayang Allah SWT, api yang sepatutnya bersifat panas dan membakar menjadi dingin dan selamat untuk Nabi Ibrahim a.s. dan Namrud pula akhirnya dimusnahkan dengan dihantar seekor nyamuk yang masuk ke dalam kepalanya untuk memakan otaknya.

Manusia Yang Paling Sabar

Nabi Ayub dikurniakan kesempurnaan kehidupan oleh Allah SWT. Baginda dikurniakan harta yang banyak dan keluarga yang bahagia, tetapi kuasa Allah SWT lebih hebat apabila menguji baginda dengan menarik sedikit demi sedikit nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada Nabi Ayub. Ia bermula dengan harta yang semakin berkurangan, anak-anak yang meninggal dunia dan seterusnya dengan penyakit sopak yang menjijikkan.

Mengenai pelbagai ujian itu Allah SWT berfirman, maksudnya:

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, 'Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali'."

Walaupun diuji dangan begitu hebat sekali, beliau masih tetap percaya Allah SWT ada menyelitkan hikmah disebalik kedukaan ujian yang melandanya. Akhirnya dengan sifat kesempurnaan Allah, segala ujian yang diberikan digantikan semula dengan kegembiraan dan Nabi Ayub a.s. dinaikkan darjat sebagai orang yang bersabar di atas ujian yang menimpa.

Jesteru ayuh sahabat sekalian, majulah dalam menempuh ujian hidup ini kerana ada sesuatu yang manis sedang menunggu kita.

Ingatkan teman yang lain dan ingatkan diri kita sendiri. Moga Allah memberi taufiq ke atas diri kita dan dikurniakan kejayaan diatas amalan yang dilakukan.

"Ya Allah jangan Kau uji kami dangan ujian yang tidak tertanggung oleh kami, sesungguhnya kami hambaMu yang daif dan lemah."

"Tanpa keberanian, mimpi takkan bermakna."

"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."

Selasa, 19 Oktober 2010

Berharap Kepada Yang Tak Punya

"Untuk apa kita mengharap pada seseorang yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan?

Pengharapan adalah sesuatu yang dapat memberikan kekuatan.

Walaupun kita berada dalam suatu kesusahan yang sangat berat, pengharapan akan memberikan kesegaran kepada iman untuk sentiasa bertahan.

Kita percaya bahawa masih ada jalan keluar kepada permasalahan.

Kita percaya bahawa pasti ada pertolongan.

Namun, pada siapa harus kita berikan pengharapanAllah tersebut? Adakah pada makhluk seperti kita yang juga tak punya untuk memberi?

Atau pada Tuhan yang sentiasa menanti untuk diseru nama-Nya pagi dan petang? Bahkan Dialah yang memenuhi segala permintaan.

Seringkali kita meletakkan harapan yang tinggi kepada manusia untuk dipenuhi.

Padahal orang yang kita harapkan tersebut tak berdaya untuk memenuhi harapan dirinya sendiri.

Adalah lebih bahaya kalau orang yang kita harapkan sebenarnya tak pernah mengharap kepada Tuhan sekalian alam.

Dia menggantungkan kepercayaan kepada dirinya semata-mata tanpa sedikitpun merasa terikat dengan ketentuan Allah.

Jika orang sebegini yang kita harapkan, adakah dia akan membawa kita mendekati Tuhan?

Harapan tak tertunai, bahkan Iman terungkai-rungkai ikatannya.

"Jangan risau, kalau aku ada, mesti ok punya semua benda.

Hanya aku seorang yang boleh diharapkan"

Kata-kata sombong apakah itu? Seolah-olah dirinya adalah Tuhan yang menentukan segala keadaan.

Tanpa dia, mungkin keadaan menjadi kurang baik. Namun, dengan dia, adakah keadaan semestinya baik tanpa izin Tuhan?

Jika ada orang yang kita harapkan mengatakan begitu, berhati-hatilah, boleh jadi kita sedang mengharap pada yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan.

Bukan tidak boleh kita percaya diri, meletakkan harapan kepada manusia.

Namun, cukuplah harapan itu setakat yang patut.

Jangan sampai harapan itu melangkaui harapan tertinggi yang seharusnya diberikan kepada Allah mutlak.

Tak ada gunanya mengharap kepada seseorang yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan, kerana kelak kita akan disesatkannya.

Pengabdian kita kepada Allah akan tercalar.

Berharaplah kepada manusia untuk berbuat sekadar kemampuannya, namun keizinan untuk sesuatu itu terjadi tetap harus dikembalikan urusannya kepada Allah.

Pengharapan yang tidak patut kepada manusia selalu terjadi tanpa kita sedari. Pengharapan yang tidak langsung diikat dengan pengharapan kepada Allah.

Contohnya, selalu kita terlalu mengharap manusia memberikan cinta kepada kita sedangkan Allah yang menumbuhkan cinta dalam hatinya.

Kenapa tidak berdoa sahaja kepada Allah agar mengurniakan rasa cinta tersebut?

Walaupun pengharapan tidak memansuhkan ikhtiar, namun pengharapan yang tepat akan menjadikan ikhtiar kita lebih berkat.

"Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan kepada dia untuk melaksanakan tugas yang aku berikan"

Itulah bentuk pengharapan yang lebih baik. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan izin-Nya.

Tuntasnya, hubungan berbentuk horizontal yang tidak diikat dengan hubungan vertical akan menimbulkan kecelaruan dan kegoyahan.

Horizontal saya maksudkan sebagai hubungan sesama manusia, vertical sebagai hubungan dengan pencipta.

Hubungan horizontal yang tidak ada ikatan vertical adalah ibarat sebuah kipas syiling yang berpusing tanpa tergantung pada syiling, putarannya bukan menyejukkan, tapi menghancurkan.

Jauhkanlah diri kita daripada berharap secara keterlaluan kepada manusia sehingga langsung melupakan pengharapan kepada Allah.

Lebih parah kalau manusia yang kita harapkan itu memang tak pernah mengharap kepada Tuhan.

Manusia terbatas kemampuannya sedangkan Allah tak ada istilah tidak mampu bagi-Nya.

Apabila Dia mengatakan jadi, maka jadi.

"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." - Al-Insyirah: 7-8

Wallahua'lam.

Rabu, 7 Julai 2010

"Orang Yang Paling Aku Sukai Ialah Dia Yang Menunjukkan Kesalahanku" Utusan Lidah Khalifah 'Umar

Rabu, 30 Jun 2010

Kerja Oh Kerja III

20 contoh soalan temuduga SPA:

1. Apa yang anda tahu tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Apakah peranan peranan yang dimainkan oleh SPA?


2. Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?


3. Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?


4. Anda baru dilantik ke sebuah jabatan kerajaan. Anda mendapati, terdapat beberapa kepincangan dalam beberapa proses dan prosedur perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan anda. Sebagai orang bawah yang baru sahaja bekerja, bagaimana anda boleh mengutarakan pendapat anda kepada pegawai lain yang lebih tinggi pangkatnya?


5. Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak hak kemanusiaan oleh negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang sama, apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan diplomatik kedua dua hala?


6. Bagaimana anda boleh menyelesaikan konflik atau perselisihan pendapat dengan rakan sekerja anda?


7. Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh Juruukur (atau jawatan yang dipohon) di jabatan ini?


8. Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda?


9. Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut?


10. Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada beliau untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan beliau menjadi seorang jurutera yang serba boleh?


11. Di manakah anda 5 tahun dari sekarang?


12. Sebagai seorang pegawai sumber manusia, apakah strategi yang boleh anda lakukan untuk memastikan tahap motivasi pekerja di semua jabatan atau unit berada pada tahap yang tertinggi?


13. Mengapa anda memohon jawatan ini?


14. Kenapa jawatan dalam kerajaan yang dipilih. Kenapa tidak swasta? Apa kelebihan dan kekurangan bekerja dengan kerajaan berbanding dalam sektor swasta?


15. Pada pendapat anda, adakah sistem pendidikan di negara ini berada pada landasan yang betul? Apa yang anda mahu lihat pada sistem pendidikan yang masih belum ada buat masa ini?


16. Sebagai pereka lanskap, apakah langkah langkah yang perlu diambil, serta faktor faktor yang mesti diambil kira sebelum anda melakukan sebarang rekaan di atas kertas?


17. Nyatakan sebarang pencapaian atau keterlibatan anda dalam membangunkan sistem teknologi maklumat, samaada di tempat kerja sebelum ini, di universiti atau di tempat tempat lain.


18. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor swasta?


19. Seorang pegawai kerajaan akan sentiasa menghadapi kemungkinan untuk dipindah lokasi dan tempat bekerja. Terangkan respons anda terhadap komitmen sebegini. Bagaimana anda akan menyelesaikan segala cabaran yang muncul dalam proses perpindahan ini?


20. Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktivit atau program yang besar dan berjaya.

Kerja Oh Kerja II 5 Tip Asas Temuduga

Temuduga merupakan proses yang perlu dilalui oleh mereka yang ingin menjawat jawatan awam atau kerajaan. Proses temuduga ini penting kerana ia merupakan antara benteng terakhir yang menentukan samaada usaha anda selama ini yang bersusah payah mengisi borang SPA dan juga menghadiri sesi ujian bakal memberi habuan atau sebaliknya kekecewaan.

Pastikan anda membuat persediaan rapi sebelum menghadapi sesi temuduga kerana tanpa persediaan yang secukupnya, anda akan pulang hampa dan kecewa.

Berikut adalah 5 tip asas dan mudah yang boleh diikuti oleh anda yang akan melalui temuduga kerja kerajaan:

1. Ambil berat adab dan tertib temuduga

Tampilkan pemakaian dan personaliti yang menggambarkan anda seolah olah seorang eksekutif yang yakin, berkarisma dan berketerampilan. Untuk lelaki, tali leher serta kasut, baju dan seluar yang berpadanan manakala untuk wanita, pemakaian eksekutif yang bersesuaian. Jangan segan silu untuk memakai kot atau blazer, kerana ia bukan sesuatu yang anda akan lakukan setiap hari. Pastikan anda datang awal ke sesi temuduga, lengkap dengan segala dokumen yang diperlukan.

2. Tahu tugas dan peranan anda

Semak semula jawatan yang dipohon dan senaraikan tugas tugas dan peranan yang mungkin dipikul jika sekiranya anda berjaya menjawat jawatan kosong yang ditawarkan. Jika ditanya, “Pada pandangan anda, apakah tugas tugas jawatan seorang Pegawai Penyelia seperti yang anda pohon sekarang?”, perkara terakhir yang anda inginkan berlaku adalah gagal menjawab soalan di atas dan hanya kelu tidak terkata di hadapan penemuduga. Dapatkan maklumat dari beberapa sumber seperti laman web, buku panduan, rakan rakan serta ahli keluarga yang bekerjaa dengan kerajaan.

3. Buat kajian mengenai struktur & organisasi pentadbiran kerajaan

Buat sedikit kajian mengenai beberapa jabatan atau kementerian terutamanya tugas tugas yang dipikul oleh jabatan yang berlainan. Buat perbandingan dengan pentadbiran negeri (dan sebagainya) untuk memahami perbezaan dari segi struktur dan fungsi. Ini terutamanya penting untuk mereka yang bakal menghadiri temuduga PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik).

4. Ambil tahu isu semasa dan terkini

Seorang kakitangan kerajaan perlu sentiasa peka dengan perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang berlaku di dalam dan luar negara. Sebagai contoh, penemuduga mungkin bertanyakan pendapat anda tentang dasar dasar luar Amerika yang diamalkan oleh Presiden barunya Barrack Obama. Manakala, dari konteks dalam negeri, anda mungkin diminta menghuraikan pandangan anda tentang konsep Satu Malaysia yang diperkenal oleh Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak.

5. Usaha jawab walaupun tidak tahu jawapan tepat

Bukan sesuatu yang memalukan jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan temuduga. Tetapi, jangan sekadar menjawab “maaf, saya tidak tahu”. Sebaliknya, cuba terangkan sejauh mana yang anda tahu dan tunjuk usaha kepada penemuduga bahawa anda sanggup bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu ilmu atau maklumat.

Sebenarnya, selain daripada menguji pengetahuan, penemuduga ingin mengetahui sejauh mana usaha atau inisiatif anda mencuba. Mereka juga ingin bersemuka dengan calon pekerja yang mempunyai kemahiran berkomunikasi dan mereka yang boleh membuat analisa kepada sesuatu persoalan dan isu.

Kerja Oh Kerja 1

5 sebab kenapa susah dapat pekerjaan:

1. Pandai belajar tapi tak pandai berinteraksi

Satu ‘kebolehan luarbiasa’ institusi institusi pengajian di Malaysia (samaada institusi awam atau swasta) adalah menghasilkan graduan yang cemerlang dalam bidang akademik tetapi kemudiannya dicemuh oleh majikan apabila mereka datang ke temuduga kerja (tidak semua tetapi banyak). Hasilnya, mereka ditolak bulat bulat, dan sebaliknya calon lain yang kurang pintar serta mendapat kelulusan yang rendah tetapi memiliki potensi untuk digilap pula yang ditawarkan kerja.

Tidak sukar untuk majikan menemukan calon yang mendapat ijazah kelas pertama atau mereka yang seringkali berada dalam senarai anugerah dekan di universiti, namun semua itu menjadi tidak bermakna jika sekiranya calon tidak mempunyai kemahiran asas untuk bersaing dalam dunia kerjaya yang penuh kompetitif. Apabila ditanya satu soalan, jawapan yang diberi hanya sepatah dua ayat yang tiada kualiti, dan tiada inisiatif untuk membuat analisa terhadap sesuatu soalan dan menampilkan teknik berkomunikasi yang berkesan.

2. 20% usaha, 80% mengeluh

Ramai yang mahukan kerja tetapi hanya berusaha sekerat jalan sahaja. Jika benar benar mahu mendapatkan pekerjaan, jadikan ia satu usaha sepenuh masa, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga atau berhenti separuh jalan. Kata orang, jadikan “mencari kerja itu kerja sepenuh masa anda”. Jika masih tiada hasil, buat post mortem dan kaji semula kesilapan yang mungkin telah anda lakukan dalam usaha mendapatkan kerja. Jangan terlalu cepat mengeluh.

“Kalau tak ada kabel, jangan haraplah nak dapat kerja.”

“Apa ni? Adakah sebab majikan memilih perempuan perempuan cantik sahaja?”

“Kerajaan tak boleh harap, memang tak nak bantu orang…”

Semak semula dan tanya diri sendiri adakah sudah betul betul berusaha? Tepuk dada tanyalah selera.

3. Suka ‘tunggu’ dan bukan ‘kejar’

Orang yang berjaya tidak menunggu sehingga peluang terhidang di depan mata kerana mereka tahu rezeki tidak datang bergolek. Mereka juga sedar rezeki itu tidak layak untuk mereka yang tidak berusaha serta mereka yang mengharapkan nasib semata mata. Sebaliknya, mereka mencari cari dan mengejar peluang demi mengubah nasib hidup. Ada yang sanggup mengembara beratus ratus kilometer semata mata untuk menghadiri temuduga di ibu kota.

Orang yang kurang berjaya sebaliknya mengambil sikap tunggu, lihat dan berharap. Mereka berpendapat, “jika dah ada rezeki, memang tak ke mana” tanpa melakukan sebarang usaha yang serius untuk merubah keadaan. Tiada usaha untuk menambahbaik kemahiran yang boleh meningkatkan nilai mereka di pasaran seperti kemahiran berkomunikasi, perisian, menulis resume dan sebagainya.

4. Gaji dulu, pengalaman kemudian

Bagi kebanyakan orang, gaji lebih penting berbanding dengan pengalaman serta potensi pembangunan kerjaya. Kerja yang menawarkan gaji kecil, walaupun datang dengan peluang pembangunan yang menarik, akan ditolak tepi dahulu dan tidak diberi keutamaan. Golongan yang sama mengenakan pelbagai syarat lain yang menyempitkan lagi peluang yang ada, malah sehingga membuatkan majikan menjauhkan diri.

Sebagai contoh, mereka tidak sanggup untuk bekerja di lokasi yang jauh dan tidak menyenangkan proses perjalanan. Bagi mereka, bangun awal pagi untuk sampai ke tempat kerja tepat pada masanya adalah sesuatu yang melecehkan. Jika memang pekerja berpengalaman (dan laku di pasaran) tidak mengapalah, tapi graduan yang pengalaman yang masih zero pengalaman!

5. Hentam semborono

Kata orang, malu bertanya, sesat jalan. Entah apa sebabnya, mereka ini yang tidak tahu terus menerus membiarkan diri mereka disesatkan tanpa berusaha untuk meingisi sedikit ilmu di dada. Tidak tahu apa itu resume. Tidak tahu bagaimana menulis surat permohonan kerja. Tiada pengetahuan tentang teknik teknik menghadiri temuduga yang berkesan. Yang mereka tahu, pergi ke website atau laman web, dan ‘memohon kerja’ dengan menulis ‘resume’ mereka dalam ruangan komen.

Jika beginilah caranya, tidak akan ada orang yang simpati jika tidak mendapat kerja sampai bila bila.

Khamis, 20 Mei 2010

40 Tahun UKM ~ Cerminan Pelbagai Dimensi


SELAMAT ULANG TAHUN KE - 40
18 MEI 2010

Diari Insani Guru


Pendidik terulung tiada kisah jasanya dibalas, tiada harap bantuan dihulur, hadiah berderetan... namun besar dalam aspirasinya mahu melihat anak didiknya menjadi insan kamil boleh bersama-sama dalam membangunkan Islam, dia mengerti akan Islam, dia mengetahui kemakrifan tuhan, dia lalui sunnah kenabian, dia penuhi permintaan maktuban al-Quran.

Besar aspirasinya, suatu masa anak didiknya menjengah kehidupan yang berperinsipkan ILMU-AMAL-ISTIQAMAH-IKHLAS.

Kerna prinsip inilah... tiada harapan keduniaan, hanya mahu melihat insan air keringatnya bersifat kehambaan mengenali tuhan. InsyaAllah pendidik ini akan mendapat secebis bekalan keakhiratan.

Jadilah Pendidik Terulung : ILMU-AMAL-ISTIQAMAH-IKHLAS

"SELAMAT HARI GURU" " TEACHER'S DAY" "عيد الأساتيذ والمعلم"

Rabu, 7 April 2010

Dimana JEMAAH ketika AKU YANG PERLU Jadi MUADDIB???

Jemaah Islam merupakan jemaah yang syumuliyyah dari segenap aspek.... itu betul kata serebrumku.. namun ku cari satu kepastian, dimana jemaah jika ade sikap pentingkan diri sendiri, dimana jemaah jika kita bukan seperti adik beradik praktikalnye kecuali bersahabat sekadar sahabat bukan usroh (keluarga).

Dalam jemaah namun diri kita adalah diri kita (aku adalah aku).. bisa bertutur ukhwah dimana-mana namun aplikasinya tiada..

sedarlah cerminan jemaah bukan diri individu pastinya diri ahli jemaah semua.. kerana sikapnya atau konsepnya jemaah adalah keluargaku, adik beradikku.

tapi dimana kita yang dikatakan terpujinya akhlak, bila melihat keluarga kita sejemaah kurang baik akhlaknya.. kita butakan mata, tulikan telinga, bisukan mulutkan, bekukan hati tidak memahami.

Buktinya berapa ramai yang moralnya tercalar dalam kampus... datang kelas setengah jam lewat, masuk kelas tidur, bersembang entah ape2 dalam kelas, duduk pula kerusi paling belakang sekali. Sikap individu.. betul tapi sampai bila, kalu ianya menadi barah dan fitnah dalam jemaah.

Berapa ramai yang mahu menegur dan mentazkirah sahabat kita.. Jadilah konsep jemaah dalam muaddib, ahli yang muaddib.

Usah bicara soal murabbi dan mursyid kalau muaddib tiada disisi.

Ubahlah Manusia dengan sikap dan akhlakmu..........

Ahad, 7 Mac 2010

2 PEMIMPIN TERULUNG : ANTARA KECINTAAN, KEIKHLASAN, KETELUSAN DAN KEEGOAN. bacalah ikhwan & akhawat!!!




Bermula dengan kata-kata berbekas " Aku berperang bukan kerana Umar, tetapi ianya semata-mata kerana Allah"

Meskipun Khalid al-Walid RA strategis dalam peperangan dan selalu mencapai kemenangan, namun Umar al-Khattab Ra telah memecat jawatannya sebagai Ketua Panglima Perang. Khalid RA yang menjadi harapan setelah berjaya mengucar-kacirkan tentera Romawi dalam Perang Mu'tah, sehingga digelar Saifullah yang terhunus, namun Khalifah Thani Ibnul Khattab ini dari pandangan sisi berbeza. Mesti tertanya kenapa dipecat sedangkan beliau pemenang Islam.

Umar dengan kewibawaan di luar jangkaan telah bersuara " Aku memecat kamu bukan kerana ragu-ragu dengan keupayaan dan kebolehan kamu, tetapi kerana manusia sudah terpesona kepada kamu sehingga kamu didewa-dewakan mereka". Kalau Diego Maradona di agung-agungkan oleh rakyat Argentina kerana bolasepak sehingga dianggap tuhan, mungkin juga Khalid RA dikhuatiri pada masa itu kerana hebatnya di medan jihad, tiada pedang yang boleh menembusi batang tubuhnya.

Umar tidak mahu manusia menganggap kemenangan hanya di tangan Khalid. Kemenangan sebenar adalah di tangan pasukan yang saling bekerjasama dan bertolong-tolongan. Setiap orang berada dalam posisi masing-masing. SElain itu, Umar al-Khattab ingin mengajar Khalid al-Walid sebagai satu tarbiyah lantaran Khalid telah melakukan kesalah dalam adab peperangan.

Khalid RA tidak pernah rasa kecewa dan menaruh kebencian kepada pemimpin besar umat Islam itu. Biarpun beliau digantikan oleh Abu Ubaidah al-Jarrah ketika peperangan masih berlansung, namu beliau tidak pernah ragu untuk melepaskan jawatannya.

Seraya Khalid berkata " Segala puji bagi Allah yang telah memanggil Abu Bakar ke ribaan-Nya. Dialah tokoh yang lebih aku cintai berbanding Umar. Dan segala puji bagi Allah yang telah mengangkat Umar. Dialah tokoh yang paling marah kepada aku. namun aku mesti perlu mencintainya".

Inilah akhlak ketua panglima perang yang berkuasa dan digeruni Rustam dan Kirsa Parsia. Seluruh raja besar dunia memerhatikan Khalid RA dan berasa gerun menumbuh dalam diri dengan kekuatannya. Namun beliau tetap merendah diri qana'ah dan mentaati arahan pimpinan tanpa rasa ragu-ragu dan was-was.

Panglima besar Khalid yang meninggal di atas katil ini teresak-esak menitiskan air mata kepiluan kerana tidak meraih syahid dalam medan pertempuran. Kerinduan beliau kepada syahid memuncak hinggakan sering kali beliau mendedahkan diri secara terbuka tanpa selindung dalam peperangan. Namun kehebatannya menyebabkan ajal tidak menyentuh sosok badan beliau dalam peperangan.

Inilah Khalid RA PEDANG ALLAH YANG TERHUNUS megah!!!

Sifat dan sikap orang ikhlas berjuang kerana Allah ialah mereka tidak menjadikan jawatan sebagai perkara utama. Sekiranya mereka diberikan jawatan, mereka menunaikannya dengan yang terbaik. Sekiranya mereka tidak diberikan jawatan, mereka tetap akan bekerja dengan baik tanpa berkecil hati dan menanam rasa benci.

"Pemuda berada di tempatnya yang sesuai dan munasabah dengan kemampuannya". Itulah pepatah Arab mengajar kita. Nabi SAW sendiri pernah melontarkan sabdaannya :
"Bergembiralah seorang hamba yang menunggang kuda di jalan Allah, kucar-kacir rambutnya dan berdebu kakinya. Sekiranya dia dilantik menjadi Panglima, maka dia bertindak sebagai Panglima. Sekiranya dia dilantik sebagai Pengawal, dia akan bertindak sebagai Pengawal".

Sesungguhnya orang yang serius dan fokus dalam perjuangan tidak akan menjadikan jawatan sebagai alat untuk hidup. Sebaliknya mereka tetap hidup dan bernafas dengan sempurna biarpun tiada jawatan. Malah orang yang paling unggul ialah USAHA dan PEMIKIRAN lebih baik berbanding barisan kepimpinan yang ada.

Maka Khalid al-Wali RA, PEDANG ALLAH YANG TERHUNUS yang digeruni itu, tidak pernah menjadikan jawatan sebagai bahan untuk bekerja, malah beliau sendiri sudah terbiasa tidak berjawatan sebagai ketua panglima dalam beberapa siri peperangan pada zaman Rasulullah SAW.

Solusinya di atas ke kita, di bawah ke kita sama sahaja dalam berjuang untuk Islam. Kalau cari kedudukan di akhirat tunggulah syurga di sana, kalau cari kedudukan di dunia nantilah neraka di akhirat.

Beliau INSAF!!! perjuangan bukan kerana manusia sebaliknya perjuangan hanyalah untuk pencipta manusia.

Pengajarannya buat semua pemimpin dan yang dipimpin.

1- Ketaatan kepada pimpinan mengatasi kepentingan peribadi. Namun ketaatan itu tidak menghalang untuk kita memberi teguran, kritikan dan cadangan.
2- Jangan banyak mentakwilkan apa yang telah diputuskan, sebaliknya banyak berfikir kenapa ia diputuskan. mencari kepastian dengan penjelasan tidak salah, namun jangan sesekali menghukum apa yang tidak pasti.
3- Berlapang dada dengan keputusan.
4- Keikhlasan mengatasi keegoan
5- Ketelusan beragama melangkaui persahabatan dan jawatan. Kulilhaq walau kana murra
6- Ingatlah yang Allah bagi bukan apa yang kita mahu bahkan Dia bagi apa yang kita perlu.
7- Jangan memperlekehkan individu kerana kebencian, terlebih dahulu membenci diri kita kerana hati kotor membenci orang lain.
8- Berjuanglah walau di mana kita, Islam berada di mana-mana, laksanakanlah mengikut kapasiti dan posisi kita secara bombastik dan gilastik.
9- Islam kuat bukan kerana individu, namun berjemaah. jangan berbangga bila di atas, jangan menunduk bila di bawah berwasatiahlah.
10- Semua adalah pemimpin, pemimpin untuk semua.

Pentahqiq Asr al-Ali



Rabu, 3 Februari 2010

33% NHO KELUAR MENGUNDI : KEMUSYKILAN BELUM TERJAWAB???

Assalamualaikum dan Salam Mardhatillah!!!
PRK pada tahun 2010 mencatatkan GMUKM menafikan 2/3 kerusi Aspirasi dengan GMUKM memenangi 15 kerusi daripada 35 kerusi yang dipertandingkan. La Tahzan di atas keputusan rayuan bantahan petang tadi yang menunjukkan keputusan masih tidak berpihak kepada GMUKM, MUNGKINKAH GMUKM DIPERKOTAK-KATIKKAN SEKALI LAGI, KETELUSAN DIWARNAI KEBACULAN, MUNGKIHKAH KEBENARAN DAN KEADILAN MASIH LAGI TIDAK TERTEGAK DI BUMI UKM BAK KATA pepatah "menegakkan benang yang basah". Pastinya GMUKM sekali lagi tercabar dan dicabar.... moga-moga GMUKM kali ini berfikir dan bertindak secara rasional dan profesional. Nantikan kemunculan GMUKM yang tercabar dan dicabar!!!

Namun bukan itu al-afkar yang ingin dicetuskan, bahkan kenapa dan mengapa 33% sahaja NHO keluar mengundi... satu kemusykilan di benak kepala ku ini. Sebelum ni, aku jadi POLING AGENT COUNTING AGENT (PACA) kat UO dengan mencatatkan mahasiswa turun mengundi 92%. cukup membanggakan!!! tapi apa yang berlaku bila aku jadi PACA kt Pusanika, aku tercegat hanya 33% sahaja yang turun mengundi... ini ade something tak kena, pelik bin ajaib.
Berbekalkan ilmu yang aku belajar dalam ISIUKM selaku R&D, firstnye syukran aku ucapkan kepada mereka yang memberi ruang untuk beraksi dalam ISIUKM, banyak bekalan yang ade dalam diri. Alhamdulillah, dari sini adenye rase responsibility untuk aku selidik, kaji, analisis dan resolusikan secara peribadi dan tersendiri.

Sesungguhnya jauh bezanya peratusan NHO berbanding kolej-kolej kediaman, adakah tiada rasa ketaklifan mahasiswa NHO? tiada follow up pihak berwajib dengan ganjaran istimewa yang sebagai daya tarikan? tiada manifesto yang diperjuagkan untuk NHO oleh bakal MPP? Fokus bakal MPP hanya untuk kolej-kolej dan fakulti.. boleh juga rasenya aku katakan bakal MPP tak cakna terhadap komuniti NHO? JOM sama-sama kita bedah dan terjah!!!

Apa kata mahasiswa NHO!!!

Daripada responden sembang-sembang yang dibuat, semua di atas adalah faktor terbesar!!! apa yang best terngiang di telinga sampai sekarang " buat ape aku p mengundi, xde apa pun aku dapat, same je undi ke tak undi" "sape-sape menang same je, saling berkelahi perjuangkan partisan bukan perjuangkan kebajikan" yang aku cukup terasa "mereka berjuang untuk mereka bukan untuk NHO hanya bermain dalam lingkungan sekitar pagar-pagar UKM".

Inilah sembang-sembang yang aku dapat, apa yang aku teruja inilah kejujuran komuniti masyarakat NHO yang menampakkan tiada pun MPP yang memperjuangkan hak-hak NHO itu sendiri. Kebajikan mereka seolah-olah tidak terbela dan tidak dijaga bahkan kadang-kadang disenda. Manifesto yang diperjuangkan hanya sekitar untuk komuniti dalam pagar-pagar UKM. Calon fakulti perjuangannya di fakulti maka calon umum lebih dipertanggungjawabkan dalam soal kebajikan NHO yang perlu diperjuangkan perkara yang lebih umum yang merangkumi komuniti NHO itu sendiri.

Maaf!!! aku lontarkan sisipan pedas buat semua MPP baru dan lama. Sebenarnya anda perjuangkan apa yang anda perlukan dan anda boleh lakukan bukan perjuangkan yang perlu wujud dalam UKM yang lebih signifikan untuk masa depan mahasiswa, kenapa tak diperjuangkan dan tidak dimanifestokan kerana takut ditertawakan, tak logik
takut tak dapat direalisasikan. Inilah pemikiran sezaman bukan pemikiran sepanjang zaman, aku puji Tun Mahathir sesetengah ideanya dengan terbinanya taman indah Putrajaya yang satu masa dahulu ditentang hebat oleh pembangkang (pakatan rakyat sekarang,) namun sekarang mereka sudah mengangguk dan mengiakannya. Begitulah inovasi yang mahasiswa perlukan daripada MPP. Realisasikan manifesto penting untuk politik kerana takut diretorikkan dan impelimentasinya kalah PRK. Sewajarnya perjuangan untuk semua dan lebih bombastik serta gilastik. Bila tanya manifesto ape yang NHO perlukan? satu jawabnya " apa salah, perjuangkan hentian bas UKM untuk bas express berhenti untuk turunkan student UKM" saje menguji "nk buat ktne tu? " jwbnya " apa guna park & ride, gunalah kat situ" tmbhnya "lg cantik buat terminal" sambil gelak.

Dalam gelak ketawa, Jangan letakkan perkara ini sesuatu yang enteng, namun letakkan sebagai satu manifesto baru untuk semua MPP, perjuangan mereka bukan 1 ringgit seorang bahkan 10 ringgit seorang dari hentian Kajang ke UKM Bangi, sudah perit dengan kenaikan harga tambang bas diseret pulak dengan RM10 tambang teksi ibarat sudah jatuh ditimpa tangga terkena tahi ayam money.

Di sini,tidak terkecuali pihak berwajib (pentadbiran UKM) bagi memastikan kesedaran sivik akan tanggungjawab mengundi kepada seluruh mahasiswa NHO, selain kempen-kempen calon-calon turun ke penempatan NHO yang berkelompok yang telah dikenalpasti, namun harus diingat masa kempen hanya 3 hari, mana mungkin. Mungkin langkah terbaik dengan pendataan semula setiap penempatan NHO, pemantauan yang sistematik dalam masa PRK bagi memastikan mereka turun mengundi, mungkin juga di berikan saguhati untuk mereka yang turun mengundi atau didenda jika tidak mengundi.

Tindakan yang mencerminkan kepertanggungjawaban lebih penting daripada kemasyhuran.

Begitulah luahan rasa Mahasiswa NHO.

Ahad, 31 Januari 2010

AKU SEORANG MAHASISWA???

Aku seorang mahasiswa, apakah aku ini budak sekolah @ khadam pada tuannya?
Mahasiswa adalah golongan terpelajar yang berada di destinasi yang tertinggi dalam institusi akademik...

Semasa aku praktikal kat SMK Kem Terendak, Melaka aku dapat satu definisi yang sewajarnya untuk seorang yang bergelar dirinya sebagai mahasiswa.. sape tak kenal Ustaz Nazri Ahmad FPI, itulah penyelia aku masa praktikal sebagai pendidik..

banyak cerita dikongsi, banyak ilmu yang dilontarkan... sebiji bom telah meletup dalam dadaku bila mana beliau berkongsi tentang fahaman Wahabi & ASJ, pendidik & pendakwah... yang paling aku teruja di sebalik perkongsian yang panjang bersamanya. ada suntikan resolusi yang diterjemahkan.
Apa katanya "Anta Mahasiswa @ pelajar Asrul???, aku jawab " ana mahasiswa ustaz" tambahnya "betul ke? tapi kenapa bila ustaz kata mcm ni, anta terima sebulatnya mcm ni? aku menjawab " senang je ustaz, sebabnya sy percaya kpd ustaz!!! kata Ustaz " Kepercayaan anta itu bagus Asrul, namun bg ana itu bukan dilabelkan seorang mahasiswa... aku tergamam, terus lidah beraksi " Nape Ustaz" Jawabnya " Mahasiswa adalah seorang penilai yang baik dalam setiap perkara bukan menerima membuta tuli dan menolak dengan keras membatu, suka atau tidak mesti dinilai... ustaz bukan seorang, rujukan bukan satu... mahasiswa mesti bergerak mencari keputusan sendiri dengan rujukan yang sebanyak mungkin" kata-katanya cukup-cukup bermakna dalam bersembang kosong di kantin sekolah. Bagi ku inilah pendakwah, tiada masa untuk bersahaja namun dalam bersahaja penuh hikmah mutiara.

Resolusinya, aku seorang mahasiswa bukan budak sekolah, mahasiswa adalah seorang pemikir dan penilai yang adil dan menerima dengan yang terbaik, bukannya seperti budak sekolah apabila cikgu kata A maka pelajar mesti kata A, kita mahasiswa bila DR. (pensyarah) kata A maka kita mesti mentaksir dan menilai dengan merujuk DR.-DR. lain sebelum membuat keputusan samada A, B @ C. mahasiswa boleh memilih dan paling penting menegakkan kebenaran dengan hujjah.

Itulah realiti mahasiswa, tidak semua yang kita dokong dan sokong itu semuanya betul dan tidak semua yang kita benci dan ketepi itu semuanya salah. ingatlah AKU MAHASISWA, jadilah penilai yang baik. Jangan terlalu taksub dengan sesuatu golongan, jangan terlalu membangkang sesuatu golongan. NEUTRALKAN DULU PEMIKIRAN, BARU BUAT KEPUTUSAN. BERFIKIR SECARA RASIONAL DAN PROFESIONAL. INILAH IDEA MAHASISWA YANG REALISTIK BUKAN RETORIK.

Realiti di UKM, ramai lagi budak-budak sekolah kat UKM, sedar atau tak, tak tau lah... aku suluh-suluh ramainya budak sekolah terutama kat kolej-kolej di kalangan tahun 1 dan 2. Kesiannya masih lagi budak sekolah, yang pengetua kata A kena buat A, nanti pengetua marah, cikgu2 felo marah dan pengawas jaksa pun marah... buktinya PRK lepas, undi F.1/2, undi takut, terdesak, diasak. Pemikiran anda di sekolah, pulanglah kembali ke sekolah. Ini UNIVERSITI yang memerlukan manusia yang integriti, berkredibiliti dan berkualiti untuk membangunkan generasi.

Jadilah Mahasiswa bukannya budak sekolah, buang faktor-faktor ketaksuban dan ketakutan, marilah kita cari titik pertemuan untuk bersuara tentang hak mahasiswa.

Ingatlah "Perkara yang paling ditakuti dalam diri manusia ialah perasaan takut"

MAHASISWA BERINTERGRITI, BERKREDIBILITI DAN BERKUALITI. HARAPAN AKU SEORANG MAHASISWA.


Isnin, 11 Januari 2010

Mentarbiyahkan Politik vs Mempolitikkan Tarbiyah : Bisakah Ianya Setara????????

Assalamualaikum... Salam perkenalan... lama sungguh tak meninta jari di atas medan ini... harap maaf kepada sahabat sohabiah semua...

Dah lama terpendam akan apa yang hendak dilontarkan buat semua penggerak Islam!!! Setiap kali melihat, meneliti dan mendampingi pekerja-pekerja Islam... degupan jantung terdetik, mana tarbiyah? mana politik? apa yang mereka buat? maka jawapan dalam benak pengetahuan, tarbiyah itu qauli wa fi'li, politik banyaknya qauli semata-mata. Dari situlah tercetusnya adakah pekerja Islam dewasa ini lebih mentarbiyahkan politik atau mempolitikkan tarbiyah. biarpun beribu batu perjalanan daie, namun hakikatnya 2 elemen ini yang didasar perkara utama. Kombinasi inilah dakwah terus berkembang untuk membawa makrifatullah dan mardhatillah. Apakah ianya dengan tarbiyah mendahului politik atau politik mendahului tarbiyah?

Betulkah politik itu kotor dan jijik?

Layakkah dikatakan tarbiyah itu suci dan bersih?

bersambung jika ade msa...........

Sabtu, 9 Januari 2010

Adakah imej Kerajaan Negeri Kelantan Tercalar? S/U Politik Baru Tok Guru Bersuara


Keratan akhbar yang saya lampirkan adalah contoh jelas, betapa sekarang ini telah berjalannya agenda halus dan tersirat yang ditaja oleh pihak tertentu.

Ia bertujuan untuk menjatuhkan imej dan memudarkan keyakinan rakyat Kelantan dan warganegara amnya terhadap kredibeliti Tok Guru Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar Kelantan.

Sudahlah sebelum ini, berlakunya tindakan dari dalam untuk mencelarukan Kerajaan Negeri melalui pelbagai report, saman dan penulisan tidak bertanggungjawab dalam akhbar dan blog.

Kesemua itu ada hubungkait dengan perancangan agenda setting pihak tertentu untuk memberi keredit mahupun political mileage kepada UMNO Kelantan untuk bengah memanipulasikan isu dan perkembangan pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan Tok Guru.

Selain laporan kepada SPRM, terbaru pula sebuah akhbar mainstream (Utusan Malaysia, 6 Januari 2010) turut menyiarkan rencana wartawannya sendiri (di sebelah) yang jelas cuba memanipulasikan perkembangan kesihatan Tuanku Al-Sultan Kelantan ke kancah pentadbiran Kerajaan Negeri.

Begitu pula, pada hari sama Sinar Harian (6 Januari 2010) turut melaporkan tindakan seorang peniaga yang membuat report polis berhubung dengan isu yang diputar oleh Utusan Malaysia itu (di sebelah).

Belum lagi mengambil kira tindakan manipulatif penyampaian berita menerusi kaca televisyen-TV1, TV2 dan TV3 serta TVBernama.

Rumusan mudah adalah peranan media berkenaan begitu bersungguh-sungguh untuk mengocakkan perkembangan isu-isu pentadbiran Kelantan sampai berani membuat kenyataan (menulis) pertelingkahan membabitkan keluarga diraja dan pentadbiran negeri tersepit.

Maka, sekaligus pihak tertentu itu sedang mencipta suatu persepsi negatif rakyat terhadap istana Kelantan dan Menteri Besar dalam perkembangan mutakhir.

Jika diteliti dari perspektif teori persepsi, tindakan manipulatif dan menggunakan asakan seperti laporan kepada pihak berwajib adalah sedikit sebanyak tindakan itu adalah suatu usaha ke arah memenuhi maksud persepsi itu sendiri.

Sebagaimana disebut Horovitz (2000), persepsi itu terbentuk melalui tiga faktor: psikologi, fizikal dan imej.

Maka, dalam konteks Negeri Kelantan faktor psikologi adalah sikap rakyat Kelantan antaranya suka mengikuti perkembangan politicking, faktor fizikal pula adalah tindakan membuat laporan kepada pihak polis/SPRM dan imej pula adalah berkaitan dengan penerimaan dan keyakinan kepada imej kepimpinan seperti Tok Guru sebelum ini diyakini baik, tidak rasuah dan mengutamakan keberkatan.

Sehubungan itu, cara media membuat putaran isu meskipun tanpa sokongan fakta kukuh, ia sedikit sebanyak boleh mempengaruhi psikologi rakyat yang suka membuat keputusan tanpa usul periksa.

Budaya skeptikal (mengusul periksa~tabayyanu) bukanlah amalan orang kebanyakan golongan rakyat.

Sebaliknya ramai kalangan rakyat adalah mudah tersedu dengan sesuatu berita yang sensasi dan mudah pula membuat rumusan sehingga menegatifkan sesuatu yang belum pasti.

Oleh itu, pihak media termasuk segelintir wartawan akan menggunakan peluang atas kelemahan budaya skeptikal itu untuk memutar isu (spin up) dan memperagakan (commercialize) berita yang dangkal tanpa fakta.

Justeru itu, tindakan Utusan Malaysia tersebut dan individu yang menamakan diri sebagai 'aktivis kebudayaan' dan 'peniaga' adalah antara mereka yang pragmatis mencetuskan tindakan fizikal bagi mengubah persepsi rakyat Kelantan terhadap kredibeliti Tok Guru Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar Kelantan yang cukup disegani sebelum ini.

Oleh yang demikian, bagi pihak rakyat Kelantan dan warga pentadbiran Kerajaan Negeri yang cintakan keharmonian dan kesejahteraan hidup di bawah naungan payung Istana Kelantan dan berkat Kepimpinan Ulamak Tok Guru merakam kekesalan di atas tindakan manipulatif pihak wartawan dan media serta individu tersebut.

Semoga Tuhan Yang Esa, membuka pintu ta'akulan yang jilah terhadap mereka yang bertindak songsang dan negatif serta berlawanan dengan psikologi/persepsi baik majoriti rakyat Kelantan terhadap Istana Kelantan dan Tok Guru Menteri Besar.

Wassalam.

Wan Nik Wan Yussof
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan