Selasa, 17 Mac 2009

Jihad Ekonomi : Dinar Emas Matawang Islam Masa Depan

DINAR EMAS

ABU BAKAR IBN ABI MARYAM MELAPORKAN BAHAWA BELIAU MENDENGAR RASULULLAH S.A.W BERSABDA : "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oelh umat manusia, maka simpanlah Dinar dan Dirham."

Spesikasi Dinar Emas
Khalifah Umar al-Khattab telah menetapkan piawaian dinar adalah seperti berikut :
* 1 Dinar bersamaan berat 4.25 gram emas 916.6
* 1 Dirham bersamaan berat 3 gram perak 999




Kelebihan Dinar Emas

1. Emasempunyai nilai intrinsik yang tersendiri dan diiktiraf sebagai wang di seluruh dunia.
2. Dinar dan Dirham adalah matawang Islam yang sebenar
3. Penyimpan nilai yang lebih stabil berbanding wang kertas. Dinar mampu melindungi kekayaan anda.
4. Boleh digunakan sebagai bayaran mas kahwin
5. Harga emas yang meningkat setiap akan menambahkan nilai kekayaan penyimpan Dinar

Di antara Kegunaan Dinar Emas ialah :

1. Boleh disimpan sebagai pelaburan dan simpanan
2. Boleh digunakan untuk membayar zakat
3. Boleh digunakan sebagai Mas Kahwin
4. Boleh diberikan sebagai hadiah/cenderamata
5. Boleh digunakan untuk aktiviti jual beli


Ahad, 15 Mac 2009

Selamat Menyambut Maulidul Rasul

Selamat Menyambut Maulidul Rasul dari saya sekeluarga..he3 eh xdok lg!!!

Sambutlah dengan penuh penghayatan Islam yang syumul, bergembiralah dengan penuh sopan... hari ini ramai yang berselawat kerana bulan Maulidul Rasul, esok dan sehayatnya mesti berselawat!!!


Usah biarkan bonda kita dipermainkan


SAYANGILAH BAHASA IBUNDA MU SEOLAH-OLAH KAMU MENYAYANGI IBUNDA MU
SEFASIH MANA BAHASA ASING KAMU MILIKI
NAMUN
KAMU TIDAK BOLEH NAFIKAN
KAMU BERFIKIR DALAM BAHASA IBUNDA MU
BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA
BUDI BAHASA BUDAYA KITA
HILANG BAHASA, HILANG IDENTITI BANGSA, BUDAYA & AGAMA

PPSMI
ADAKAH ADIL UNTUK SEMUA
SATU KEZALIMAN ORANG KAMPUNG SEPERTI AKU
GOLONGAN ATASAN & MENENGAH MENJENGAH KEBAHAGIAN
GOLONGAN BAWAHAN TETAP SAMPAH KELAPARAN

USAH BICARA
PENGUASAAN ILMU
DAYA KREATIVITI ANAK MELAYU HILANG
TANYA DIRI
BAHASA APA YANG KAMU LEBIH FAHAM DENGAN PENUH PENGHAYATAN
ADAKAH BAHASA ASING?
BAHASA INGGERIS?
YANG PASTI BAHASA IBUNDA!!!

AKU SEDIH
BILA JAWI HILANG DI BUMI
APAKAH MAHU LAGI
KITA MERATAP REBAHNYA BAHASA MELAYU
TANPA KITA BENTENGI & PAGARI