Sabtu, 15 November 2008

Sahabat Yang Mengerti


''Sejenak aku terdiam, terfikir dan tertanya-tanya.... Siapakah Diri ini, Siapa Teman diri ini, apa amanah diri ini... aku mencari-cari jawapan yang belum pasti... adakah itu yang sebenar akan erti.. Diri ini sangat kerdil tidak bisa menggapai sesuatu tanpaMu Ilahi, diri ini sangat lemah tidak sempurna tidak bisa menggarap yang diimpi tanpa Mu Rabbi... siapa teman diri ini, mungkin teman itu mengajar aku erti tanggungjawab dan amanah, mungkin teman itu membawa aku satu kemuncak destinasi, mungkin juga teman itu pendamping setia menujuMu Rabbi... Amanah? apa amanah, apa tanggungjawab... aku tertanya... dulu, semalam dan hari ini, aku masih terfikir dan ragu-ragu adakah aku seorang manusia yang beramanah terhadap tugas yang diberi, bertanggungjawab apa yang digalasi... Organisasi, persatuan, kelab adakah di sini sahaja amanah aku yang patut aku taburi jasa bakti? Bagaimana Diri Aku Sendiri, adakah aku tidak punyai amanah untuk aku? bagaimana keluarga ku, adakah aku tiada amanah untuk mereka? bagaimana dan bagaimana dan bagaimana.... aku teruskan kognitif bergerak aktif....

Kenapa aku terfikir? sebelum itu, aku bangga, kagum dan terharu, pabila aku lihat, aku tonton dan aku saksi dengan mata lendir ini ... sahabat seukhwah fillah maju pada jalan Allah, rakan seperjuangan hebat di medan persatuan, kawan sekenangan lincah beraksi pada organisasi... aku cukup-cukup bangga... InsyaAllah mereka menjalankan apa yang diamanah walaupun penuh mehnah... Syabas sahabat,rakan,kawan dan taulan!!!

Kenapa aku terfikir lg?
Perjuangan mereka mumtaz jayyidan, pada zahiri, ketika aku menjengah sekadar sisi duniawi...
Persatuan, Kelab, Organisasi... sebut sahaja siapa? ramai orang kenali, masyhur dan famous tidak boleh dinafi....

Tiba-tiba hati ini terdetik, terpaut pada Ilahi... tunjukkanlah aku pada jalan yang benar, Engkau redhai, Engkau Rahmati... aku menghisab pada sisi ukhrawi, tiadanya kehebatan, hilangnya kepercayaan, hapusnya kekaguman...
kerana aku ragu-ragu adakah betul? kita tunaikan amanah? mungkin ada, sejauhmana? kepada siapa? untuk apa? kenapa? (termasuk diri yang sememangnya hina ini)

Diri ini meluahkan isi hati... sebenarnya aku tidak tunaikan amanah, aku sibuk tentang kebajikan, mendidik manusia lain sampai aku lupa tazkiatunnafsi, aku kalut dengan tugasan organisasi sampai aku lalai dalam menghayati ilmu yang diberi, aku aturkan program kepada manusia lain sampai aku cuai untuk uruskan keluargaku sendiri... adakah aku tunaikan amanah sekiranya aku lebih teruk dari sebelum ini, lebih jauh taqarrub ilahi, lebih suka berfoya-foya dengan duniawi...


CUBA KITA RENUNGKAN!!!

ADAKAH AKU IHKLAS KERANA ILAHI?
ADAKAH DIRI DAN KELUARGA TIDAK PENTING?
Ikhlaskah kita jika kita makin jauh pada Rabbi...
Tidak pentingkah diri ini?
Tidak perlukah tazkiatunnafsi?
sedangkan ianya tubuh batang model Islami..
Pengaruh paling besar berbanding lisan dan teori...
Di mana Praktikal Amali Diri ini?

Tidak pentingkah keluarga?
Sedangkan mereka perlukan kita untuk membaiki...
mereka perlukan kita lahirnya taqarrub ilahi...
sewajarnyakah kita abaikan keluarga untuk hebat pada organisasi...

Diri ini cukup serik dan perit untuk menjengah Organisasi lagi...
Aku ingin beruzlah diri
demi mencari yang hakiki..
demi menyelamatkan diri ini...
demi menyelamatkan keluargaku ini...
demi mencari taqarrub Ilahi yang makin hilang ini..
demi bersama membangun Islam pada asasi..
demi menunaikan tanggungjawab yang belum selesai ini..


Fahamilah Diri Ini...

Amanah dan Tanggungjawab yang sebenar sebagai hamba, khalifah dan da'i.
SEMUANYA KEMBALI KEPADA ILAHI RABBULJALIL A'LAMIN..

Mukhlis : IbnuAliyyiZainabi

Terangbulan kebintangan Sebuah Kehidupan


Terangbulan Kebintangan Sebuah Kehidupan
KuDoakan Untuk Ku & Untuk Mu
SAHABAT
Ukhwah Fillah
Rakan Seperjuangan
Sahabat Sekenangan
Bersemi Sebuah Ikatan
Penuh Kemanisan Senyuman
Seindah Mutiara Iman

mUKHLIs dR ibnualiyyizainabi



Isnin, 23 Jun 2008

KAUL IBNU ALIYYI

Permata yang bersinar
tidak akan hilang sinarnya
walau dikejauhan,
Mutiara yang berkilau
tidak akan hilang kilauannya
walau dalam pekatan mala,
Berlian yang berseri
tidak akan hilang serinya
walau dalam air lumpur berlumuran,
Delima berkerdip tetap berkerdip walau bintang tiada disisi.

Kecuali semuanya dicuri...

Begitulah sebenih iman dan sebutir cinta di dalam sanubari,
Usah biarkan ia pergi!!!
kerana?
Lumrahnya ia pergi tidak akan kembali...
Yang kembali?
Hanyalah mimpi & fantasi..
Walau menangis tiada berhenti, meratap tidak bertepi..
Jagalah dan belailah ia...
Hingga lena & mekar abadi dalam dakapan sanubari.



Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.' 'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak.' ..sampaikan pesanan ini biarpn 1 ayat.. Tq