Isnin, 27 April 2009

Jiwaku Terusik Bila mana...........


Keadaan hamba ini hanya ada empat jenis:

Nikmat, bala, taat dan maksiat.


Maka jika ada di dalam nikmat,

kewajipan hamba adalah bersyukur kepada Allah


Dan jika menerima bala

maka kewajipan hamba bersabar


Dan jika dapat melakukan ketaatan

maka harus merasa mendapat taufik hidayat dari Allah



Dan bila tergelincir dalam dosa maksiat,

maka kewajipan membaca istighfar keampunan


Abul -Abbas Al Masri


Utamanya ucapan syukur pada Allah, gerakkan hati hambaMu itu untuk tarbiyah diri ini, terima kasih ku sampaikan pada sahabat yang masih lagi sudi mengingatkan manusia hina ini walaupun engkau sebagai penyebab sahaja " al-Ulama' Warathatul Anbiya'" "Wazakkir fainnazzikra tangfa'ulmu'minin" "ballighu a'nni walau a..yah"...


Alhamdulillah aku dapat bertemu kembali dengan sahabat yang telah lama pergi menyepi untuk mengingati akan mati, mencubitku agar beramal untuk ukhrawi.. ikhlas x3 perkara yang diulangi...


Jiwaku terusik bila mana bait-bait syair di atas diwarkahkan untukku... mulanya aku baca tanpa telaah, setelah aku talaah, tadabbur dan hayati satu usikan telah terjadi dalam sanubari.. walaupun pendek sekadar beberapa kerap namun bait-bait itu sudah cukup mengambarkan kehidupan manusia di bumi waqafan ini... terdetik dalam serebrumku!!! bersyukurkah aku? bersabarkah aku? terasakah aku itu hidayahNya? beristighfarkah aku?


MasyaAllah sangat jauh nak ku gapai kata-kata ini ya Rabb....


Exam wujudlah aku sebagai hamba... Ramadhan wujudlah aku sebagai hamba.. susah dan sempit wujudlah aku sebagai hamba.. bila berjaya di mana aku? selepas Ramadhan di mana aku? Bila senang dan lega di mana aku? Jawapannya ada padaku dan padamu sahabat!!!


Tahukah kamu Asrul? Sebenarnya jiwa ini meronta-ronta, menangis tidak berlagu, rohani kedahagaan kasih Rasul, sanubari kebuluran cintaMu Rabb... nafsu mutmainnah menghilang dalam kelam... nafsu amarah merajai dirimu, menguasai dirimu... engkau sombong, bongkak, egois, takabbur, riak, ujub memenuhi pekung di dada.. yang kekeyangan syaitan dan nafsu menggila mu, yang menyambut neraka api...


Jiwa ini kian tersentuh... tanpa sedar air mata menitis dililihan pipi, wajahku menyembah bumi.. tanpa sedar tiada lagi syurga menanti yang diidami... kerana kamu hamba yang tidak kenal erti syukur dan sabar... Istighfarmu hanya di sini dan saat musim peperiksaan ini.. selepas ini kamu kembali.... Bersambung...


Sekadar Pendairian Hati Manusia...


Sabtu, 25 April 2009

The Red Warriors Mencari Old Trafford



"Milik Siapa?"

SIAPA hebat, K. Devan atau Peter James Butler?
Kedua-dua jurulatih ini memiliki kelebi- han tersendiri dan yang pasti mereka adalah pakar taktikal.

Taktikal yang bakal mereka gunakan pada perlawanan ini akan menjadi penentu kemenangan kepada pasukan yang mereka bimbing.

Jurulatih Kelantan, James Butler akan menggunakan formasi 4-1-3-2 sementara Devan (Selangor) memilih untuk menggunakan formasi 4-4-2.

"Habuan Kepada Pemenang"
Jangan Politikannya!!!

Bagi Devan, 48, segala perancangannya kini adalah mengikut jadual dan pemainnya kini berada dalam mood yang baik untuk menewaskan Kelantan malam ini.

"Saya jangka pemain-pemain saya akan beraksi cemerlang esok (hari ini). Tempat P. Gunalan yang digantung satu perlawanan mungkin akan diisi salah seorang daripada tiga pilihan sama ada Asraruddin Putra Omar, D. Surendran atau Fitri Shahzwan Raduwan.

"Amirulhadi Zainal juga akan berada dalam senarai 18 pemain. Tetapi keseb

elasan utama hanya akan dibuat petang esok (hari ini)," katanya pada sidang media di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam.

Keyakinan Devan ditambah dengan rekod cemerlangnya sebelum ini di mana setiap kali pasukan bimbingannya layak ke final, ia akan diakhiri dengan kejayaan menjulang piala.

"Tugas sebagai jurulatih pasukan penuh tradisi seperti Selangor ini m

erupakan cabaran terbesar dalam karier saya. Tetapi biasanya bila saya masuk final, keputusan- nya akan berpihak kepada saya," ujar Devan yakin.

Sementara itu, Butler, 43, turut optimis pasukannya akan mencipta sejarah dengan menjulang Piala FA, salah satu piala berprestij negara buat pertama kali selepas kali terakhir mereka merasai pentas final pada Piala Malaysia 1970 tetapi tewas 0-1 kepada Perak.

"Kami optimis boleh menewaskan Sela- ngor. Pemain-pemain kami tidak tertekan langsung. Cuma apa yang penting, persembahan di atas padang esok (hari ini). Pemain saya perlu bijak mengawal emosi," katanya pada sidang media yang sama.

Dengan pasukannya tidak menghadapi masalah penggantungan dan kecederaan pemain, Butler akan menurunkan barisan terkuatnya malam ini.

"Walaupun dua kali jumpa Selangor musim ini dan perlawanan ini

adalah aksi final, saya anggap ia sama saja, tiada beza. Yang pasti

, kami akan cuba memberikan saingan yang sengit kepada Selangor," tegasnya.

" Ambo tetap sayang bola sepak Kelate"

‘‘Kami mampu mengejutkan anda!’’ Itu amaran jurulatih Kelantan Peter Butler yang ditujukan kepada Selangor menjelang perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Menurut jurulatih yang berasal dari England itu, pasukannya akan beraksi tanpa tekanan walaupun menyedari Selangor bukan calang-calang lawan.

Tanpa mendedahkan strategi yang akan digunakan pada perlawanan hari ini, Butler sekadar berkata, Kelantan akan bermain seperti biasa.

Cuma katanya, dia mengharapkan tuah pertembungan ketiga dengan Selangor musim ini pada perlawanan akhir hari ini, kemenangan akan menyebelahi Kelantan pula.

‘‘Kami kalah 0-3 pada pertemuan pertama dalam Liga Super namun seri 1-1 pada perlawanan kedua.

‘‘Untuk itu saya harap kemenangan akan menyebelahi Kelantan pada perlawanan ketiga kami dengan Selangor.

‘‘Namun ia bukan mudah. Menerusi seorang kawan di London, saya diberitahu bahawa Selangor sebuah pasukan yang kuat.

‘‘Saya juga mendapat tahu daripada bekas pemain Selangor, Tony Cottee bahawa Selangor secara tradisinya sebuah pasukan juara, standard pasukan ini begitu tinggi. Ia diurus dengan baik.

‘‘Namun saya yakin kami mampu mengejutkan Selangor,’’ katanya pada sidang akhbar pra perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Tambah menceriakan Butler apabila semua pemainnya berada pada tahap kecergasan terbaik.

Katanya, Kelantan akan beraksi secara berpasukan dan bukannya digerakkan oleh pemain tertentu sahaja.

‘‘Saya mengarahkan pemain supaya beraksi seperti biasa.

‘‘Kami Optimis menghasilkan keputusan baik esok cuma saya berharap pemain mengawal emosi.

‘‘Kami akan cuba memberi tentangan pada perlawanan esok, saya menjangkakan ia pertembungan hebat lagi menghiburkan

‘‘Perlawanan esok (malam ini) perlu dinikmati oleh pemain, penyokong dan peminat bola sepak negara ini,’’ katanya.

Rabu, 22 April 2009

Kuatkanlah Usaha, Banyaklah Berdoa Wahai Sahabatku!!!

BERDOA adalah otak ibadat.

Begitulah besarnya kedudukan doa. Lagi banyak kita minta, lagi disayangi Allah dan ia berbeza dengan manusia, lagi banyak kita minta, lagi banyak kita dimarahi, malah dimaki lagi, “tak ada kerja ke asyik minta saja.”

Doa adalah lambang perhambaan kita dan kita dicipta supaya menjadi hamba-Nya. Berdoa, doa juga, tetapi supaya mudah diterima, kita patut meneliti dan tahu waktu yang sangat mustajab berdoa antaranya:


1 - Waktu sepertiga malam, iaitu waktu terakhir, ketika orang lain nyenyak tidur. Allah s.w.t berfirman, maksudnya: “Mereka (para muttaqin) sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir malam, mereka memohon ampun (kepada Allah).” (Adz-Dzariyat: 18-19)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Rabb (Tuhan) kita turun di setiap malam ke langit terendah, iaitu ketika sepertiga malam terakhir, lalu Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya dan siapa yang meminta ampun kepada-Ku, Aku ampunkan untuknya.”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2 - Waktu antara azan dan iqamah, iaitu ketika menunggu solat berjemaah. Sayangnya waktu mustajab ini sering disalahgunakan sesetengah umat Islam yang kurang mengerti sunnah, sehingga diisi dengan hal tidak baik dan tidak dianjurkan Islam, membicarakan urusan dunia yang tidak bernilai ibadat.

3 - Pada waktu sujud. Iaitu sujud di dalam solat atau sujud lain yang diajarkan Islam seperti sujud syukur, sujud tilawah dan sujud sahwi.

Dalilnya adalah hadis Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kedudukan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah doa.” (Hadis riwayat Muslim)

Hadis Ibnu Abbas r.a, dia berkata: “Rasulullah s.a.w membuka tabir (ketika baginda sakit), sementara orang ramai sedang berbaris (solat) di belakang Abu Bakar r.a, lalu Rasulullah s.a.w bersabda:

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tidak ada lagi daripada mubasysyirat nubuwwah (kabar gembira kenabian) kecuali mimpi baik yang dilihat oleh seorang Muslim atau diperlihatkan untuknya. Ingatlah bahawasanya aku dilarang untuk membaca al-Quran ketika rukuk atau ketika sujud. Adapun di dalam rukuk, agungkanlah Allah dan adapun di dalam sujud, bersungguhlah berdoa, sebab (hal itu) segera dikabulkan bagi kamu.”

(Hadis riwayat Muslim)

4 - Selepas solat fardu. Iaitu selepas melaksanakan solat wajib lima waktu, termasuk selepas solat Jumaat. Allah berfirman, maksudnya:

“Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya di malam hari dan selesai solat.” (Qaaf: 40)

Oleh kerana itu, Imam Syafie dan pengikutnya menjelaskan, dianjurkan bagi imam dan makmumnya serta orang yang solat sendirian memperbanyakkan zikir, wirid dan doa selepas selesai solat fardu.

Dianjurkan membaca doa dengan perlahan kecuali jika makmum belum mengerti, imam boleh menguatkan bacaan agar makmum menirunya. Apabila mereka mengerti, kembalilah secara perlahan.

5 - Pada waktu khusus, tetapi tidak diketahui dengan pasti batasannya, iaitu satu detik pada setiap malam dan setiap hari Jumaat.

Ini berdasarkan hadis Jabir r.a, dia berkata: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya di malam hari ada satu saat (yang mustajab), tidak ada seorang Muslim pun yang bertepatan pada waktu itu meminta kepada Allah kebaikan urusan dunia dan akhirat melainkan Allah pasti memberi kepadanya.” (Hadis Riwayat Muslim).

Hadis Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w pernah menyebut hari Jumaat, baginda bersabda:

“Di dalamnya ada satu saat (yang mustajab), tidaklah seorang hamba Muslim yang kebetulan waktu itu sedang mendirikan solat (atau menunggu solat) dan memohon kepada Allah sesuatu (hajat) melainkan Allah pasti mengabulkan permohonannya.”

Nabi s.a.w mengisyaratkan dengan tangannya akan sedikitnya saat mustajab itu. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Di dalam hadis Muslim dan Abu Daud dijelaskan:

“Iaitu waktu antara duduknya imam (khatib) sehingga selesainya solat (Jumaat).”

Inilah riwayat yang paling sahih dalam hal ini.

Sementara dalam hadis Abu Daud yang lain, Nabi s.a.w memerintahkan agar kita mencarinya di akhir waktu Asar.

6 - Ketika hujan turun

7 - Waktu awal pagi ketika dengar ayam berkokok

8 - Semasa berpuasa

9 - Ketika bermusafir

10 - Bulan Ramadan dan pada 10 akhir Ramadan

Satu lagi doa mereka yang dizalimi dan doa mereka dalam kesempitan dan kesusahan...

Musim exam musim kesempitan dan kesusahan untuk kita dalam menempuh cabaran ini, banyakkanlah berdoa namun kena usaha terlebih dahulu...

Doa dimakbulkan bersyaratkan IKHLAS LILLAH, TUJUAN BAIK, DOA YANG BAIK, HUBUNGAN BAIK SESAMA MANUSIA DAN ALLAH SEBELUM INI... Allah Maha Pengasihani dan Maha Perkenankan Doa Hamba-HambaNya yang soleh!!! InsyaAllah


Sekadar Perkongsian Ilmu Pentazkiahan