Rabu, 15 April 2009

BEST MMG BEST!!!


" besttt.. xleh nak kato... F.1 aku dpt bersamo nga anok2 kelate dalam program gini"

" Sampaikan hadiah kokre jelah, tuan sediri dh kalah..he buke kalah bagi peluang kt abe kita ni..he


" team exco tu!!! banyak sangat ko jtuhan pin... sapa terkira ko?

Ni la team mantap aku... soghe FPI, 3 Fpend... Ustaz2 belako.. Pasal Ranking jangan tanyo...he



First time bermain boling nga anok-anok Kelate... best memang best, boling ni slh satu inisiatif aku nk hilangkan boring & tension... bersama member2 men boling kt Warta bila free... dulu men untuk Pertandingan Boling FPend yang Pendidik anjur, zaman kegemilangan kt Pendidik.. alhamdulillah diadaptasi oleh PERDANA kali ni, Tahniah untuk PERDANA...

Aku pn dh lama xmen sebenarnyo... first game bukan men power, last game hancur badan dikandung tanah..he tapi buke menang aku niatkan..
paling penting dapat hiburkan hati dan otak yang penat ni...
hantar asigment 30 minit sebelum bas bertolak..
kiro g lepas geram sanooo, oh.. bahagianyo habis dh asigment... stadi x fikir lagi, boling dk dalam palo loni.. loghat2 ata asigment takut kena tinggal ko bas..

sesampainyo sana tengok wajah2 excited semo, lagi2 y xpernah sentuh bola boling.. mask loke no 2, boleh men no 1...kato soghe pempuan..
sampai bola ke belakang pun ado.. lawak memang lawak la..

Masing2 tonjolkan kehebatan masing2 dengan gaya masing2.. exco dengan gaya exconya, mantan dengan gaya mantannya, yang len dgn gaya lennyo..
kalu bertanding masuk loke rama la juaranyo..
riuh rendah pusat boling dengan dailek Kelate pekat, nasib baikla Abe Mi DJ kito nya guna bahasa kebangsaan masa sesi penyampaian..

memang banyak kalu nk cite... tp aku nk simpn la cite untuk koleksi peribadi... tahniah kepada semo.. semo yang terlongkang antara yang terlongkang...he



Isnin, 13 April 2009

Posing2 Di Parlimen


Ni lah sahabat aku seirama masa dalam PERDANA dulu... di Parlimen kami bersama...

Maaf la.. koya smart ckit.. he3


Nasib baik x kena langgar kat keta.. nk bergambar punya pasal..

( Gambar ini adalah sekadar hiasan)

Parlimen tempat bertuah yang pernah aku lewati sepanjang hidup aku, boleh tengok YB2 bergaya, macho smart, jangok pun ado.. namun itu luaran, berkereta mewah, berdriver.. sakit kepala tuhan saje yang tahu, masuk dewan parlimen, xde lain kerjanya perang-perang keluar dewan rakyat mintak tu mintak ni... ni lah lumrah seorang YB...
Sebalik itu sekiranya tersemat sebuah keihklasan berbakti, kebajikan dan keadilan diperjuangkan mereka beruntung dan berjaya menjadi YB dan wakil kepada rakyat, sekiranya tersimpan sebuah keegoan, kebengisan, nama dan pangkat diraja-raja, maka dia juga YB jauh sekali sebagai wakil rakyat... ramai yang kata pemimpin berjiwa rakyat...
Bagi aku kita nilai baik-baik masuk Parlimen paling tidak dapat elaun dan gaji RM 7 ribu sebulan kalau x silap.. duduk sana free sini free... tapi sejauhmana YB membawa isu daerah ke Parlimen... isu nasional sudah pasti... ramai YB yang bercakap isu nasional hebat dan petah walaubagaimanapun isu daerah diabaikan dan dipinggirkan.. aku x kata tidak ptg isu nasional bahkan sgt penting... tapi sape undi kita blh jadi YB kalu bukn org daerah... paling tidak bila bercakap sentuhlah isu-isu daerah ni mcm kt daerah di wakili tiada masalah.... kalu mcm tu bagi aku YB tu bermasalah... lagi bengang duduk kat dalam Parlimen senyap aje, isu nasional pun sentuh, isu daerah pun x sentuh... kalu YB mcm ni mintak-mintaklah undur diri.. jawatan bukan satu kebanggaan malah jawatan satu amanah yang mesti ditunaikan... harapan rakyat jadilah YB yang berkaliber dan berkarisma tinggi. Aku rase nak jadi ahli Parlimen masa tu jgk best kat dalam Parlimen.. YB kaku tu tukar bagi kat orang lain pula.. tidak kiralah dia BN ke, Keadilan ke, Pas ke... paling penting bagi aku kalu kt dalam Parlimen itu bicaralah soal Kebajikan, Keadilan dan Islam tu sendiri... Fikirlah nak jadi YB saje ke YB & WR... sama-sama renung-renungkan!!!

Khamis, 9 April 2009

Bicara Siswa Membongkar Segalanya

Semalam telah berlalu satu forum isu mahasiswa, seperti tertera dalam poster...
Tahniah, Syabas & Terima Kasih kepada semua yang hadir dan terlibat secara langsung dalam menjayakan program. terutamanya Penasihat PERDANA Prof. Emeritus Dato' DR. Abdul Latif, Prof Madya Khaizhir, ahli panel yang mantap-mantap (Pensyarah FUU, Pen Pegawai Wisma Aman, Polis Kajang) dan penggerak yang bertungkus lumus dalam BICARA SISWA 2009

Apa yang ingin saya bawakan pada anda, semlm terbongkar segala-galanya.. Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa, kebajikan mahasiswa adalah kebajikan bersama... tanggungjawab siapa? tanggungjawab semua!!! keselamatan mahasiswa adalah tanggungjawab semua... kita kena sedar selaku mahasiswa perjuangan untuk kebajikan mahasiswa bukan untuk PMUKM atau MPP sahaja selaku entiti yang besar namun kita sendiri bernaung di mana-mana institusi @ organaisasi semestinya mempunyai kesedaran yang tinggi dalam memperjuangkan hak mahasiswa.. " Kebajikan, Kepimpinan, Keintelektualan " seringkali dilaungkan bila berucap... namun sejauhmana kita menjaga kebajikan mahasiswa, saya tujukan kepada semua persatuan & organisasi kebajikan mahasiswa..

Saya tidak terkilan orang tidak ramai, kerana inilah realiti mentaliti mahasiswa kita, betul Abang Rama kata, betul Tun Mahathir kata... mentaliti kita kelas ketiga. Mentaliti pertama kita pada hiburan, gelak ketawa dan kepolitikan kepartian.. politicion thinking kononya.. padahal kalau mereka orang politik soal ini juga mereka perjuangkan!!! betul atau tidak terserahlah pada semua? Paling penting mereka yang hadir betul-betul mereka inginkan satu keamanan dan keselesaan hidup di bumi UKM. Syabas dan tahniah saya ucapkan.

Sy cukup terkilan bila orang kata Perdana mencampuri urusan PMUKM, kerja ni untuk MPP serah pada mereka... kerja-kerja yang PERDANA buat ini melangkaui PMUKM... tak boleh buat.. Maaf saya kata betapa kolotnya pemikiran kita, usah bicara soal mahasiswa minda kelas pertama, rakyat Malaysia minda kelas pertama... sekiranya fikiran kita masih di tahap ini... bukan kita mencabar PMUKM, tapi alangkah bagus kita membantu mereka dalam soal ini kerana ini adalah kebajikan kita bersama. PERDANA terpanggil dalam membicarakan isu ini kerana memikirkan kebajikan mahasiswa anak kelantan antara majoriti mahasiswa di UKM dan kebajikan semua mahasiswa UKM.

Satu lagi ingin saya berkongsi, non-muslim petah berbicara soal Islam, bijak merungkai kata.. mentazkirah kita yang Islam realitinya, terngiang lagi saya ayatnya " alam barzakh, zan waham, ijmak, qias" byk perkataan lain "Islamic word". Ade diploma guaman Syariah.. Paling mengejutkan secara peribadi beliau menyokong HUDUDullah dalam sistem perundangan..Tidak tercabarkah kita wahai umat Islam, ramai Melayu Islam menolak namun non-muslim menyokong. Apakah konkulusinya?

Tidak silap kita menjemputnya menggantikan Kamal Affandi.. beliau bicara soal perundangan sivil dan Islamic law..

Akhir kalam, saya seru sahabat organisasi lain bersama kita perjuangkan isu kebajikan mahasiswa seluruhnya.. bukan melangkaui PMUKM tetapi membantu mereka walau mana-mana posisi atau sudut. semoga yang hadir semalam mendapat input yang bermakna dan sampai-sampaikanlah kepada mereka yang tidak hadir "ballighu a'nni walau a..yah".